RUMUSAN TUGASAN SEJARAH
Pada 15 Jun 2021, Puan Syahriah selaku guru mata pelajaran Sejarah memberi arahan untuk membuat kumpulan (3 orang setiap kumpulan) melakukan tugasan tentang Malayan Union dan Penyerahan Sabah dan Sarawak. Saya, Wan Nur Zulaikha bersama rakan sekumpulan saya Umairah Maisarah dan Emir Hakimi melakukan perbincangan menggunakan platform "Whatsapp" untuk membincangkan tentang tugasan yang telah diberikan.
Terdapat pelbagai maklumat yang kami perolehi setelah menonton beberapa video yang telah diberikan oleh guru kami yang memberi impak yang mendalam terutamanha dari aspek menanam nilai patriotisme di dalam diri. Antara maklumat yang dapat dihuraikan ialah penentangan rakyat terhadap Malaysian Union. Disini terbukti bahawa sebagai rakyat yang ingin memperoleh hak masing-masing, perjuangan dalam menentang ketidaksamaan perlulah disuarakan demi kehidupan dan kesejahteraan hidup. Dengan ini, terbukti bahawa tidak menyuarakan pendapat bukanlah idea yang baik dalam sesebuah negara. Sekiranya kita tidak berjuang demi negara maka kita akan mudah dijajah oleh kuasa luar. Sesungguhnya, sejarah mengajar kita agar tidak mengulangi perkara yang sama lagi di lain hari.
Menganjurkan bantahan secara besar-besaran membuka mata kami tentang betapa pentingnya perpaduan dalam sesebuah komuniti. Sekiranya semua pihak bersama-sama menyekat ketidak adilan dalam negara, negara dapat menjadi lebih aman dan sentosa yang boleh digelar sebagai 'rumah' dengan mendapat hak asasi masing-masing dalam kehidupan seharian. Sekiranya bantahan ini tidak dapat dilakukan dengan jumlah majoriti, negara tidak akan dapat memperoleh kebebasan. Dengan ini, kami percaya bahawa walaupun berbeza kaum,agama,bangsa berganding bahu bersama, sesungguhnya kemanangan milik kita.
Mata pelajaran Sejarah terbukti mempunyai pelbagai kepentingan, terutamanya kepada para pelajar. Sejarah merupakan ilmu hidup yang memandu manusia untuk menjalani kehidupan yang sempurna terutamanya kepada negara. Di belakang setiap sejarah yang berlaku, pasti ada pengajaran dan pedoman yang diselitkan di dalam sejarah tersebut untuk menjadi panduan bagi generasi akan datang. Kami dapat subjek ini harus diberikan perhatian sewajarnya oleh para pelajar dan tidak diambil remeh hanya sebagai subjek untuk lulus peperiksaan tetapi juga pengajaran dalam hidup.
ATL SKILLS:
COMMUNICATION SKILLS:
Kami berkomunikasi dari atas talian dan dapat mengemukakan pendapat masing-masing tentang tugasan yang diberikan agar dapat lebih memahami topik yang dibincangkan
RESEARCH SKILLS:
Kami melayari internet dalam mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang topik tugasan sejarah
THINKING SKILLS:
Pemikiran adalah penting dalam menghasilkan tugasan ini bukan sahaja untuk memberikan penerangan yang baik tetapi juga memberikan impak kepada semua pembaca
SOCIAL SKILLS:
Dengan adanya tugasan berkumpulan, kami dapat memahami topik ini dengan mudah dan dapat menerima idea masing-masing
Itu sahaja dari saya,
Sekian,
Terima Kasih,
Wan Nur Zulaikha Binti Wan Zahiddin
Umairah Maisarah Binti Saiful Anwar
Emir Hakimi Bin Fikri Najib
4 Yale Kumpulan 5
Comments
Post a Comment