RUMUSAN TUGASAN SEJARAH
Pada 15 Jun 2021, Puan Syahriah selaku guru mata pelajaran Sejarah memberi arahan untuk membuat kumpulan (3 orang setiap kumpulan) melakukan tugasan tentang Malayan Union dan Penyerahan Sabah dan Sarawak. Saya, Wan Nur Zulaikha bersama rakan sekumpulan saya Umairah Maisarah dan Emir Hakimi melakukan perbincangan menggunakan platform "Whatsapp" untuk membincangkan tentang tugasan yang telah diberikan. Terdapat pelbagai maklumat yang kami perolehi setelah menonton beberapa video yang telah diberikan oleh guru kami yang memberi impak yang mendalam terutamanha dari aspek menanam nilai patriotisme di dalam diri. Antara maklumat yang dapat dihuraikan ialah penentangan rakyat terhadap Malaysian Union. Disini terbukti bahawa sebagai rakyat yang ingin memperoleh hak masing-masing, perjuangan dalam menentang ketidaksamaan perlulah disuarakan demi kehidupan dan kesejahteraan hidup. Dengan ini, terbukti bahawa tidak menyuarakan pendapat bukanlah idea yang baik dalam sesebuah negara. Se...